Anastasia Ann

I ♥♥ Blogging! This is My Ideal-Plastic World.

Bloggers + Spekulasi.. Bukan sampah ok!

Kebelakangan ini kalau kita perhatikan, dunia blog kita asyik dikecam dengan segala macam gelaran dan pandangan dari masyarakat umum. Semuanya berbalik kepada sikap segelintir blogger yang adakalanya bersifat semborono, atau lebih tepat lagi suka membuat spekulasi yang ntah ape-ape tanpa berpandukan pada fakta yang kukuh.

Bila wujud pandangan yang sedemikian, tak perlulah kita mengelabah. Ke hulu hilir cuba tegakkan benang yang basah. Memang benar spekulasi + blogger itu tidak dapat dipisahkan, tapi harus diingat, tak semua blogger cam tu.. Bak kata pepatah Melayu: “Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga “. Hu hu

Dalam dunia blog ini, ada banyak jenis bloggers yang boleh ditemui. Yang memang cari makan dengan berblog, yang berblog untuk luah perasaan, yang berblog untuk suka-suka. Menspekulasikan sesetengah perkara tidak selalunya berunsur negatif, apa bezanya dengan dengan membuat spekulasi ekonomi? Dah namanya blog ini journal online, kita sepatutnya bebas mengutarakan pendapat dan pandangan kita berlandaskan etika-etika manusia itu sendiri. Tapi bila sesetengah blogger bersifat terbuka dan direct to the point, ada saja mata yang memandang serong, memerli sinis.

Aaaaaah menyampah!

P/s: Tak faham napelah orang tu asyik pandang rendah pada blog aku ni. yewwwwwrrr jeles kot kan.. huhu

Related Posts with Thumbnails

Post Metadata

Date
October 3rd, 2010

Author
~ Ann ~

Category

21 to “Bloggers + Spekulasi.. Bukan sampah ok!”


  1. Mama Murai says:

    Selamat sejahtera Ann, sangat setuju dengan artikel yang dibuat oleh Ann, penulis blog tidak dapat lari daripada mata-mata yang memandang. Cuma apa yang ingin saya perbetulkan mengenai kesilapan dalam penggunaan perkataan boombastik diatas, iaitu perkataan semborono yang sepatutnya dibaca dengan “semberono” yang membawa maksud kurang sopan dalam Kamus Dewan. Sementara itu spekulasi pula lebih berat kepada pendapat atau kenyataan yang tidak berdasarkan kepada fakta-fakta. Selalunya ditujukan khas untuk pelaburan. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan gaya bahasa gramatis daripada Ann. Teruskan menulis :)
    Mama Murai gosip gosip..Bulan-bulan mulia akan meninggalkan kita- yeah! kita dah boleh buat jahat kembali…… KeMy ComLuv Profile

    • ann says:

      hehe.. tengs mama murai. main guna perkataan yang terlintas dalam fikiran jer,tak ingat nak check kamus. Lagi selalu guna kata spekulasi sebabnya ann budak ekonomi. haha.

      Anyway, tengs sebab singgah n bagi komen membina. Next time datanglah lagi ek.. :)

  2. Kujie says:

    orang popular saja sering menjadi bahan ‘gossip’

    betul? angguk je…hehehe

    jadi kak jie jarang menjadi bahan gossip, tanda tak popular.

    biasalah tu – kita bukan boleh memuaskan hati semua orang , kadang2 hati sendiri perlu diberi perhatian dulu.
    Kujie gosip gosip..Makcik Pun Nak Tunjuk Camel ToeMy ComLuv Profile


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. WTF kau blogger?! | Anastasia Ann 07 10 10

Leave a Reply

CommentLuv Enabled



Switch to our mobile site