Keindahan Dunia WordPress..
Credit
Diam tak diam dah 8 bulan rupanya aku berblog. Tak sangka jugak, dah 4 bulan aku beralih arah dari blogspot ke wordpress self host kan.. wah wah wah.. Memang satu pencapaian hebat yang jadi kebanggaan aku. Dari zero plus minus zero, adalah bertambah sikit sikit ilmu blogging. hehe. Bangga woooo..
Di awal penglibatan aku dalam dunia blog ni, tak pernah terfikirpun untuk melangkah jauh.. Atas dasar suka-suka, ntah camne dunia blog ini membuka minda aku untuk maju maju kedepan. Eh eh aku kan suka tulis merepek. Ada orang di sekelilingku yang mempertikaikan keindahan dunia berblog ini, aku hanya senyum.. Biarkanlah mereka hanya membaca dan memandang serong, aku tak pernah rugi. Aku bahagia. Kesian mereka ketinggalan, mereka juga yang rugi.
Dan satu yang aku nak kongsi, syukur aku berpindah ke WordPress Self Host. Kenapa? Ya, ternyata banyak benda yang kena explore dengan dunia Wp ini. Seandainya aku masih setia dengan blogspot, semestinya aku masih ditampuk lama. Entri berlambak setiap hari, tapi bila tanya pasal benda lain selain tulis entri, pasti aku geleng kepala garu-garu walau tak gatal pun.
Betul kawan-kawan serius ni.. Mesti aku hanya buat entri, hanya blogwalk sehari-hari.. Ya trafik memang mencanak bila blogwalk, tapi pengetahuan tentang bloging itu sendiri pasti kurang. Sebabnya aku tiada dorongan untuk belajar. Semua easy peasy, semua senang tak complicated, semua ready made.. Hanya add widget yang betul, blog pun load laju jer.
Dengan wordpress, terlalu banyak benda nak belajar, sampai adakalanya tak sempat pun buat entri. Haha, Sibuk cari tips, sibuk nak cantikkan blog, sibuk nak optimize blog, sibuk nak kodek css, sibuk itu sibuk ini.. Last-last masa online pun tamat, maka terbiarlah blog tanpa update. hehe
Bukan melebihkan WordPress berbanding Blogspot, sebab keduanya pun aku suka, keduanya pun aku guna. Masing-masing ada baik ada buruknya. Tapi pada aku, bagi mereka yang baru sangat dalam blogging atau yang belum bersedia untuk korban masa belajar selok belok, ada baiknya gunakan blogspot. Sambil-sambil, cuba cari tips sedikit tentang wordpress. Bila da ok, bila da ready, baru beralih arah. Kalau tak gerenti jadi katak bawah tempurung, mengelabah cam aku. Aku rasa aku pindah hari tu terburu-buru sedangkan otak betul-betul Zero tak tau camne nak blog guna wordpress ini.
Kadang aku meragui keputusan itu, tapi aku TAK PERNAH menyesal. Kerna sememangnya bila dah kenal akan wordpress, ia lebih mudah untuk diguna, lebih mesra pengguna, lebih mesra carian, dan ada banyak plugin hebat yang boleh dieksperimentasi. Sekiranya kita lihat pada matlamat jangka panjang, domain berhostingkan sendiri guna wordpress sememangnya akan memberi nikmat blogging itu berkali-kali ganda lebihnya daripada menggunakan blogspot. Tak percaya? Tanya para Otai kita. “Tak kenal maka Tak Cinta”.. itu serius betul!!
Tetiba ada hati nak share menda ni bila aku buka cpanel tadi.. Ouh kawan-kawan, wp selfhost ada cpanel untuk kita manage blog entirely tau.. ni rupa dia:
Everything about our blog ada disini. hehe. aku da lama guna, baru nak baca tutorial getting started didalamnya. haha. Aku kan SIBUK… aaaaaaaaaaaaaaah so busy. heh!
BACAAN BEST: http://mrpiratz.com/11-sebab-kenapa-self-host-wordpress-lebih-baik-daripada-blogspot
Mood Hari ni: Tetiba rasa nak makan nasi kukus ayam berempah.. Euww mana nak cari ni?
Setiap orang blogger itu ada pendapat mereka masing-masing. Kepada yang dah berjaya menggunakan wordpress baguslah. Tetapi kepada yang baru nak gunakan wordpress, jangan putus asa untuk menggunakannya. Sebab dengan wordpress.org pelbagai benda kita harus ketahui. Bukan duduk senang lenang jer
Ayie gosip gosip..Harga barang semakin naik
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 7th, 2010 at 9:54 pm
banyak lagi nak minta tunjuk ajar ni.. boleh bos?
[Reply]
Thanks for the backlink…
eceli ko pakai hosting dari mane?
Piratz gosip gosip..Laporan Statistik MrPiratzCom September 2010
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 10:18 pm
hehe.. pakai netkl, so far so good
[Reply]
tiba2 je aku rasa tak sabar nak guna wordpress
bila? bila??
tehr gosip gosip..Bolehkah Kalau
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 2:50 pm
mari mari bertukaaaaaaar.. hehe. now or never.. ececeh. haha. anytime also can la tehr! yang penting da ready kan kan kan?
[Reply]
wah.. bikin joe jeles nie… huhu…. nak jugak.. kak ann.. blanje hosting n domain bleh? huhu.. =p
Johari Hamzah gosip gosip..Kemana Arah Tuju
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 2:25 pm
klu amik pakej basic RM60 jer setahun.. aaahh target trafik dr Google, cepatlah nuffy tu naik nanti. kejap jer nak cover balik punya. setahun blogging, xkan nuffy tak naik pun sampai rm60 kan??
[Reply]
Johari Hamzah Reply:
October 6th, 2010 at 2:48 pm
huhu.. tgk la camne.. tunggu duit kukuh sket. hehe..
nanti ajar semua dri awl ek.. =)
Johari Hamzah gosip gosip..Kemana Arah Tuju
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 2:51 pm
boleh bah kalau kau.. ekekekeek. banyak otai buat tuto, aku bukan otai, aku xboleh buat tuto lagi, tapi share tuto boleh.. Wink wink:)
[Reply]
Johari Hamzah Reply:
October 6th, 2010 at 5:22 pm
tu pown boleh la.. =)
Johari Hamzah gosip gosip..Kemana Arah Tuju
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 10:18 pm
haha.. beres!
[Reply]
tgh berfikir2 nk tuka nehhh
larlink tlh berjaya meracun aku
heee ;D
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 2:22 pm
meh meh meh… besttttttttt betul! klu laling target nak dapat banyak trafik dari google, hah ni paling best guna.. ehemm that means, poket money pun banyak ler nanti.. haha. dorang kata trafik = $$$ weeee~~
[Reply]
belum ada masa nak selongkar gobok ni n nak ejas sana sini
salmia gosip gosip..Diam Terpaku Aku Bisu
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 2:20 pm
haha.. takpe slow slow.. one day baru tukar, kumpul ilmu dulu.. kan kan kan..
[Reply]
wp mmg best.. lbh mesra seo.. guna plugins lbh mudah dr guna widget.. tp blogspot pun sy still pakai lg.. hehe..
Ezany-Kun gosip gosip..Sohaimi Mior Hassan Dan Ana Raffali Feat Altimet – Kalau Berpacaran Lirik Dan Mp3
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 10:13 am
tu la pasal.. dulu rasa susah, tapi lama-lama suka plak.. lagi best, bila reply camni boleh buat dr dashboard jer. haha
[Reply]
bagi dorg yg rasa mau tegar n jadi fulltime blogger guna self-hosted sendiri adalah terbaik! klu yg mcm aku ni jenis yg makin lama makin bosan n malas menghadap blog baik x payah weh hehehe…siyes aku dh bosan berblogging…buktinya tgk ja entri aku sejak akhir2 ni mcm haram j…setiap ayat tu bkn dr hati tp juz for the sake of updating…kekeke
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 6th, 2010 at 10:12 am
haha.. cuba ko pakai wp, yeay gerenti ko tak malas lagi. banyak benda boleh belajar.. serius besst.. haha
[Reply]