Anastasia Ann

I ♥♥ Blogging! This is My Ideal-Plastic World.

Tun Dr Mahathir, Semoga Cepat sembuh!

Buka Online Paper pagi ini(tetiba rajin baca paper:) ), topik pertama yang menarik perhatian aku ialah tentang laporan kesihatan Bekas Perdana Menteri kita yang merupakan Idola ekonomi aku, Tun Dr Mahathir.

*Google pic. Dr Mahathir masih hensem walau dah berusia kan? :) *

Menurut The Star Online, Dr M dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne pada malam hari Jumaat yang lepas dan kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke wad biasa bagi menjalani rawatan antibiotik dan fisioterapi.

Berita Harian pula melaporkan, Dr M dimasukkan pada 9 pagi jumaat lepas akibat daripada jangkitan kuman didada. Masih teringat beberapa kali media massa melaporkan keadaan kesihatan beliau. Agaknya disebabkan oleh keadaan beliau yang sudah berumur, antibodi badan pun makin lemah dan banyak penyakit yang datang menyapa.

Apa-apapun, mari kita sama-sama mendoakan semoga Dr Mahathir akan cepat sembuh dan dapat terus berbakti kepada masyarakat dunia ini. Sesungguhnya jasa beliau terlalu besar kepada kita warga Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Post Metadata

Date
October 3rd, 2010

Author
~ Ann ~

Category

2 to “Tun Dr Mahathir, Semoga Cepat sembuh!”


  1. aimannajmy says:

    my idola~ moga beliau cepat sembuh dan kembali ke arena blogging
    aimannajmy gosip gosip..Analisis pengunjung blog pada bulan September 2010My ComLuv Profile



Leave a Reply

CommentLuv Enabled



Switch to our mobile site