Perangai aneh tak aneh aku..

16 October, 2010 | ~ Ann ~ | 6 Comments

Hi semua.. Malam ni ada mood nak menaip lah.. Nak bercerita tentang aku, boleh tak?

Oh dan dalam certain resume yang aku hantarkan, aku ada selitkan blog aku ni, so kena cover line la.. bagi cerita yang baik-baik. haha. Let them know me before jump into any judgement. Harap-harap jangan ada yang anggap aku ni psiko. Silly me just wanna be honest la, because you wouldn’t want to know me for one or two days kan, lambat laun you will find out also kan, so better deal with it now or never. haha. Habislah chance aku nak dapat keja elok-elok. :P

Ok now, Kalau lihat dari segi personaliti, aku sendiri pun susah nak explain camne. Tapi kawan-kawan cakap aku ni tough.. huhu. tak tahu dalam hati banyak bunga taik ayam.. haha. I can do many thing which I never do expect myself can do. I can excel in my work, get flying colours result in exam, while doing it sambil lewa pun. By luck, aku kira sangat bertuah la. Sejarah pendidikanku smooth jer, no corner corner. Cuma that luck is not a continous lucky charm, kalau tak mesti aku dah ada keja stabil sekarang kan. huhu.

Dan keburukannya always happen especially bila kena cabar, aaaah muka tembokku selalu muncul, jadi harimau gigi tumpul. Tapi dalam hati dorang tak tau rasa nak tercabut jantung sampai luruh pundi kencing tahan nervous.

Kalau buat presentation kat lecture atau tutor room, they said I am very loud, I am a good speaker, I am a good debater. Aku kiranya pandai menjawab soalan (poyo!), pandai explain things clearly, and I have the guts or confidence to stand up for what I believe is true even its not. Haha. What they don’t know is I can only do that if I am in a state of ‘ready’  to do so. If not then aku senyap kelip-kelip mata sepet je la. haha

Oh lagi, bab pendiam tu memang betul 90%, serius tak tipu. Aku sangat pendiam dan sangat tak peramah kalau first time jumpa. Dahla kening aku tajam, mama aku selalu cakap muka aku ni muka garang, suara pun kuat, kena cakap lemah lembut sikit baru nampak cam perempuan. Haha.

Sebabnya, pertama aku sangat tak pandai bercerita, serius tak tau nak cakap apa. Kadang dalam hati rasa ada something nak cakap, rasa nak tanya, tapi minda aku fikir ok ker nak tanya soalan tu.. Then akhirnya mood dan chance untuk pertanyaan pun lepas. Bila orang cakap, aku suka buat tak faham. Sebab aku takde Idea nak sambung.. haha

Keduanya aku ni pemalu jugak okay ik ik ik, ada masa muka aku ni rasa cam nipis dah sangat very the sensitive. Kejap blushing kejap blushing. Thats why aku suka keep quiet. “Mulot ang berat beno noh, senyum aje, sora tak kuaq, tapi takpa nampak ang rajin beno kemai umah, bagui kalau dapat menantu camni niiiii” kata someone tu. haha

Dan of course aku ada ego yang sangat tinggi. Ntahlah nape, aku sangat tak suka memulakan perbualan yang ramah. Aku cepat muak bila nak kena pura-pura ramah, sampai nak muntah pun ada. Menyampah aku ok! Sebab bila we fake the happy face, akan sampai satu masa bila da habis dah kepura-puraan itu, akan ada that one quick silent mode moment yang buat kita sangat janggal to be with each other. Its not comforting at all ok.

Tapi kawan rapat aku cakap, aku ni sangat peramah. Ye la, tak kenal maka tak cinta. Aku bila dah selesa dengan orang tu, aku memang banyak cakap yang melampau lampau. Sampai ada tahap, kakzi rumate aku dulu asyik suruh aku diam. Aku ingat lagi ayat klise dia, “weyh Piah, bakpo gak mu ni kecek banyok ni? Tokleh duduk die ko nyo, ngaa aku bukan main mu eh, petpot petpot bose weyh boseey!!” Haha. Aku tak reti eja, lebih kurang camtu la dia selalu cakap tu. So kalau aku cakap banyak dengan korang that means korang dah close to my heart lah tu. hehe.

Split personality? Takde la sampai tahap camtu. Most of the time 98% I am aware of what I am doing and how I behave. Kadang ego tinggi kalah gunung kinabalu tak boleh salahkan la, sebab aku suka naik airasia daripada panjat gunung. Haha. Ok I am not a good joker in person, tapi sometimes my fren cakap aku ni lawak sebab aku always speak nonsense with them and act silly.

Point penting, aku ni sentimental sikit. Haha. Aku suka layan drama korea, barat, melayu, dan jangan heran, hindustan tu pun suka. :) Aku kuat geram, kuat touching, kuat emosional kalau tengok movie. Aku paling benci, time syok tengok ada monyet g tukar channel. Rasa nak makan orang pun ada. Ahhh drama kalau da sampai time feel sangat tu, tolong jangan tengok aku, uwaaa romantik kiss kiss, boleh senyum ler aku, tapi bila bab nangis peluk goodbye atau ada line skrip yang fuhh gila amat sedih, aku pun meleleh senyap-senyap ler tahan hingus. Haha. Dan aku paling  menyampah orang tegur aku time tu, kalau rasa nak makan kasut silalah.. Ya, this is absolutely one of the reason why I hate going to cinema. Haha

Bila aku sakit, aku sangat kuat makan. Some people tak lalu makan kan? Tapi aku selera 3x ganda berbanding hari tak sakit. Sebabnya kalau kena hari sakit, otak aku kurang berfungsi, tak fikir dah nak kurus, yang rasa cuma lapar. Much better than rasa sakit, ye tak? haha. Makan is the best medicine. haha.

Aku suka buat kerja, dalam kata lain workaholic dan sukakan work perfection. Ah, zaman study best la dua orang kawan  baik aku tu. Sebab kalau buat assignment, of the 100 work, aku buat the 80 and revise their 20. Meaning to say, selagi aku sendiri tak puas hati dan tak tau sepenuhnya apa yang ditulis dalam jawapan tu walau dalam keadaan kelam kabut to meet deadline, aku tak kan bagi lepas kat lecturer. Kadang aku menyampah dorang tak buat kerja, tapi masalahnya bukan dorang tak nak, aku sendiri tak dapat percaya. Haha. Learn to trust, this I only learn in my previous actual work sebab aku incapable of doing everything, and seeing my colleague get paid for what I do is sooo not a good feeling.

Banyak lagi perangai aku ni, tapi ni pun dah cecah lantai..  I heart my blog, of course aku tulis banyak. Kan dah cakap, aku ni easy and so predictable. haha

p/s no pic. On mobile. Fuh nak putus jari menaip panjang ni. cets!

Related Posts with Thumbnails
6 Comments
  1. Johari Hamzah says:

    huhu.. nie kira lampiran untuk resume 2 la ek??
    Johari Hamzah gosip gosip..Terima Kasih SahabatMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    haha saja rajin menaip.. hehe

    [Reply]

  2. tehr says:

    panjang betul ni, ann
    letih aku baca

    ayat klate tu… sebijik jadi klate
    mu bulih kecek klate jugok ke, ann?

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    haha.. tunggu jawapannya.

    [Reply]

  3. Amir Izzat says:

    wah! banyak yg ak tau sal dirimu Kak Ann… hurm..peramah? jom beramas mesra..haha

    lain kali citer lagi..

    p/s: semakin hari semakin ku suka baca tulisan mu
    Amir Izzat gosip gosip..Bajet 2011- Senarai Intipati Bajet 2011My ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    @Amir Izzat,
    haha.. auwww malu ai.

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site