Aku: Sabah Vs Kelantan!

16 October, 2010 | ~ Ann ~ | 6 Comments

Hi semua. Baru berkesempatan nak online, lepas bangun makan pengsan balik, bangun makan pengsan balik seharian hari ni. Haha

Kan bagus kalau aku boleh jadi superwoman. :P

Ingat lagi dulu time first time datang g Semenanjung Malaysia ni, aku datang sebatang kara dengan berbekalkan 1 beg baju, duit poket dan surat tawaran g Uni jer. Tanpa kenal akan KL, tanpa tau sape-sape, hanya azam jer yang ada. Kawan? Hurm, aku memang dari dulu tak ramai kawan, so aku lebih suka depend on myself jer.

First masuk Uni tu, minggu pertama aku dapat buat kesimpulan yang budak Uni ni memang sangat berpuak-puak. Ntah ape-ape, semua bersifat perkauman dan kenegerian yang ekstrem. Alaa yang kat TV tu, perpaduan apa semua tu, peh hampehh jangan haraplah 100% betul. Serius, nampak sangat. Aku time tu biasalah baru menyesuaikan diri, lagi minggu orientasi, mana ada geng selain budak Sabah jer.

Dalam dorm aku, ada 3orang Chinese. Aku sorang jer tersesat sebab maybe dorang nampak muka yang cam Cina ni, so dorang masukkan lah aku kat bilik Chinese. Tapi apapun, rumate2 aku tu semua baik orangnya, bersih pun bersih. Sebelum datang sini, aku ada dapat rumours dari bekas cikgu aku (Sabahan) dan bekas lecturer (Kelantanese) yang cakap bahawa orang Sabah dan Kelantan ni tak ngam, tak boleh berjumpa, asyik nak gaduh sesama sendiri jer.

Jadi aku sebolehnya elakkan untuk berkenalan dengan budak Kelantan, ye la aku kan naif, lagi nak jaga hati geng geng Sabah. Minggu pertama Orientasi, aku tak pernah kenal pun orang Kelantan tu camne rupanya.

Nak dijadikan cerita, time Orientasi tu,ada sekali kena g Fakulti untuk gotong royong kenal tempat tu dan kenal budak kolej yang sefakulti. Hah, sebab tak biasa mix dengan Chinese, aku bergeng dengan sorang budak India ni. Haha. Ok wat! Me open ok. Kebetulan dalam group aku tu, hanya aku sorang jer budak Sabah yang ambik Ekonomi. So apa boleh buatkan, takde hati pun nak jaga.

Time gotong royong ni, adalah sorang budak cam India tu datang tegur aku. Heh, sebab dia nampak cam baik and very funny, aku terus jer baik dengan dia. Cerita punya cerita, rupanya dia budak kolej aku jugak tapi dalam group lain, cerita punya cerita lagi, aicehhhmen what a coincidence, upanya dia seblok dan sefloor lagi dengan dorm aku. Alahai, aku duk dorm hujung sekali, dia kat depan sekali.

Then geng dia sorang datang, dorang pun cakap bahasa asing. Eh eh, aku blur, tak pernah seumur hidup aku dengar bahasa tu. haha. Rupa-rupanya diaorang kecek klate laaa weyh! Auwwww too bad its too late to know, aku da start tersayang kat dua makcik tu. Maka terjalinlah persahabatan yang tulus ikhlas dari aku dan dua budak Kelantan itu sejak first day we met tu, sampailah ke hari ini.

Arhh since aku berkawan dengan dorang, geng Sabah aku da one by one left, tapi I don’t give a damn la. Sebab dengan dorang berdua ni, aku feel like i have a friend, a family, aku tak perlu jaga hati dorang, dorang pun tak perlu jaga hati aku, we like to make fun of each other, we like to hurt each other cause in the end, we like to laugh about that silly thing again and again and make it a story to tell and remember, just like a real sisters. Tak perlu berpura-pura, when we fail or lose anything, we always have each other.

Oh btw, after orientasi rumate aku yang 2 orang tu budak KL, so dorang tak nak duduk kolej. Tinggal sorang Chinese jer dengan sorang fake Chinese kat bilik tu. Until the second week, tetiba bilik aku menerima 3 orang lagi penunggu bilik berhantu. hahaha. Kakak bertiga ni 2 tahun senior dari aku, dan lagi best lagi 2 daripadanya budak Pasir Putih, 1 dari Jerteh dan dorang guna bahasa alien tu as their main language. Hah, apa kejadahnya menjadikan nama aku Piah, dan mentransformasikan kenegerian budak Sabah ni  bertambah kepada keKelantanan jugak? Ntah lah labu, cobaan!

Dan now back to motive entri ni, menjawab soalan TEHR, hurmm abe ooh abe, mu nak tau dop, sepanjang aku duduk sana, 4tahun rasanya, aku tak pernah pun cakap bahasa melayu standard. Bahasa utama aku, English and Klate, kalau tak english Klate, kalau tak Klate English. Melainkan on certain cases time aku keluar bertembung dengan budak Sabah, tak kan Sabah lupa dihati bang. Dan kalau aku berjalan-jalan sendirian.

Ex-abe dulu pon Klate jugok, pahtu family kakak2 rumate tu and korib dua orang tu pun dah jadi My family angkat jugak. Haha. Bila cuti balik Klate, bila cuti balik Jerteh. And my surrounding memang. Haippp until now pun diselubungi Kelantanese. SC, Kak Nana, Amir, Tehr sendiri pun kan kan kan.

Ntah nape, aku still hate it when orang anggap aku ni Chinese, tapi kalau orang cakap aku Cina Klate tak rasa lain pulak. haha. Sabah Vs Kelantan, dua-dua I LOVE!! Aku kan 1Malaysia. :)

Masih onmobile, payahnya nk upload satu pic jer pun. cisss!

Related Posts with Thumbnails
6 Comments
  1. Extremist Thinker says:

    kecek kelate bulih, tp taip tokleh kow?

    [Reply]

  2. Amir Izzat says:

    haha..ngabe sunggoh! xpo2.. ikut la kita orang mana..asalkan gembira..

    Kak Ann..betul ke cikgu kak ann cakap.. Sabah takleh jumpa kelantan?

    bahaya nie..tak dapat ar kito juppo..kah3
    Amir Izzat gosip gosip..Bajet 2011- Senarai Intipati Bajet 2011My ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    @Amir Izzat,

    haha.. nk jupo gano?

    [Reply]

  3. tehr says:

    piah oooo piah
    tergelak-gelak je aku baca
    nok sangat aku dengar kamu kecek klate

    tu la, ann
    kita orang malaysia, kan? kan?
    kesal juga aku tak pernah sampai ke sabah
    tehr gosip gosip..Mengapa Aku Tak Tempah Inspira Belanjawan 2011My ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    @tehr,

    haha. piah tu.

    Yes, orang Malaysia bahhh.
    Nanti cuti sekolah datanglah berjalan-jalan. :)

    [Reply]

  4. ~ Ann ~ says:

    @Extremist Thinker,

    xleh..

    [Reply]

Leave a Reply

We love to hear your views.

CommentLuv Enabled

Switch to our mobile site