Kadang-kadang, hati kecil memberontak. Lawan benar arus fikir minda dan naluri. Kita hidup berlandaskan banyak percaya. Antara mahu dan tak mahu, ada keduanya juga bersatu.
Perihal Cinta. Ada seorang insan bertuah itu. Benar kunanti panggil sapanya. Tapi kesian, aku leka sendiri. Kata hati cukup tegas, mesti hentikan semuanya. Penantian itu tak pernah berbaloi. Ya memang ada ingin. Tapi hairan, saat turutkan rasa hati, sedang mulai merelakan ketiadaanya. Datang dia dengan senyuman penuh kasihan membelai mengucap pendam rindu. Siapa dia? Apa haknya buatku begini? Tanyalah sepi pada jiwa.
Lalu minda juga merelakan. Biar dia singgah bertandang. Lagaknya hero bak jaguh ayam kampung menang bersabung. Mendabik dada, mungkin. Bangga mungkin. Egois mungkin. Tiada apa pasti. Alasan itu bukan persoalan, sebab itu bukan perhitungan. Andai sama kita satu suara. Ketepikan semua jangan pernah ragu. Biar mentari menyinar cahaya, biar malam seredup bulan.
Aneh kan, dalam terpinga pun masih juga menunggu. Silakan cinta, pilih satu jalan kau mau. Teruskan melangkah atau berhenti jangan berpaling lagi. Tiada kamu dalam aku, tiada aku dalam kamu. Kata putus aku unjurkan, bicara kecewa jangan kau pertikai.
Jatuh cinta ek.. entahlah.
kamu jatuh cintakah, ann?
…pandai kamu bermain dengan kata2 – hehehe
banyak bahasa cinta
tehr gosip gosip..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Pertama
huhu.. =)
tak sangka pandai berbahasa sastera ek.. =) menarik.. =)
Blog Johari Hamzah
Raybond gosip gosip..New Blog Banner
hai adikk.. dah bercinta jugak dah? ahaha..
hanisaleeya gosip gosip..Perihal Cinta Ep 24