Aku mungkin tiada.
Saat anda membaca entri ini, aku sudah tiada dirumah. Merayau-rayau berseorangan di kota raya seolah kucing kurap yang kebasahan. Haha. Ya, ini schedule post dan satu-satunya yang sempat kubuat, entah bagaimana rupanya ya..
Sama seperti Makcik ni, aku selalu terfikir. Andai kata suatu masa, tiba-tiba ajal datang menjemputku pada masa yang tak pernah terfikirkan pun akan aku, siapa yang akan ada untuk memberitahu kawan-kawan maya kesayanganku ini? Aku pernah tertanya, saat perginya Sahabat baik, TTT bulan lepas, dia ada Azza untuk mengkhabarkan berita. Aku?
Aku tak punya siapa, sebab aku antara manusia yang paling suka berahsia, terutamanya dengan keluarga. Keluarga aku tau aku punya blog, mereka tau aku ada Facebook bloggers, mereka tau aku ada kawan maya yang melekakan aku, tapi mereka tak pernah tahu apa link blog ini, apa username/paswordnya, dan siapa kamu semua. Bukan tak kisah, tapi mereka sedar aku perlu ruang untuk aku sendiri.
Maka aku berpesan pada semua, andai suatu masa blog ini tak berupdate berminggu lamanya, status facebook aku tak berubah berhari lamanya, Mungkin itu satu petanda, mungkin aku sudah tiada. Dan bila genap setahun ulangtahun domain dan hostingku, maka akan hilanglah aku disini buat selamanya. Cuma satu harapan diri, jangan terlupa akan kita. Ulit mimpi pada cerita, simpul kasih pada impian, aku dan kau juga sama, rindukan aku dalam kenangan.
Selamat Petang cinta.
28 October, 2010 at 7:19 pm
hurm.. ala ann…. asal tiba2 touching nie??
Johari Hamzah gosip gosip..Budaya Couple
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 28th, 2010 at 8:59 pm
haha… kelam kabut. lagi masih trauma dengan kes bus 101010 tu. Kena tinggal wasiat, just in case.
[Reply]
28 October, 2010 at 7:23 pm
mataku bersinar baca entry ni…
(ok..ni tipu)
err…selamat malam cinta..
jangan jalan sorang2 di kotaraya dalam kebasahan tau..
bahaye=p
biussaraf gosip gosip..Tengah Hari Yang Menyakitkan Hati
[Reply]
28 October, 2010 at 9:34 pm
dan…ann ahernya buat entry ni..
dara pernah tpikir semua tu,kalau dara dh tiada..siapa yg akan ckp kt kwn2,siapa yg akan kabarkan kat kwn2 alam maya bila kta tiada..
bukan semua perkara ahli keluarga terdekat tahu..
cik dara gosip gosip..Rutin hidup aku yang memang komplek giler!
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 29th, 2010 at 8:14 pm
serius menda ni memang selalu terfikir kan… not me only many bloggers thats the truth.
[Reply]
29 October, 2010 at 12:48 am
aku benci arr kau tulis cam tuh
kau buat aku sedih dan rasa takut akan kehilangan.. baik kau jangan tulis cam tuh lagi kang banjir blog kau nieh
memang lh semua manusia yang hidup akan mati tapi aku tak mahu itu berlaku.. kalau mahu pun biar aku yang mati dulu supaya aku tak tangsis pemergian kawan² aku
namia cinta gosip gosip..Pencarian yang meragukan
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 29th, 2010 at 8:21 pm
its a fact la dear.. tau kita akan mati, just that this will be my way of telling you. Kalau tak update either blog / fb , memang something yang mengherankan. kan kan kan.
[Reply]
29 October, 2010 at 8:44 am
takmohla cakap gini
sedih la ann
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 29th, 2010 at 8:22 pm
dont be, just remember my will ni yer.
[Reply]
29 October, 2010 at 11:55 am
jangan fikir bukan2 tidak elok tu…
sabar lah…
Syafrizal gosip gosip..Feedburner berwajah baru
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 29th, 2010 at 8:23 pm
its just a common sense. just in case.
[Reply]
29 October, 2010 at 1:42 pm
lol, dear.. please jangan cakap camni…. waaaaaaaaaaaaaaaaa..
terdengar berita tentang arwah Adif Asyraf pagi ni dari status Iznie Shinji.. seram sejuk pagi2 jumaat ni..
hanisaleeya gosip gosip..Sayang-
[Reply]
~ Ann ~ Reply:
October 29th, 2010 at 8:24 pm
baru tahu. iznie memang rapat ngn dia kan. sedihnya.
[Reply]
31 October, 2010 at 2:48 am
saya tak terkejut pun terhadap entri ini. Hehehe. sebab ann selalu tiada.. Lalalalala
Ayie gosip gosip..Gadis tayang lurah dada
[Reply]
3 November, 2010 at 12:21 pm
huk3~ T___T
annnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
ko buat aku nangissssssssssss…
cukup la aku hilang TTT, aku xnk hilang kawan2 aku yang lain.. even aku dh lama tak berblog, tapi aku follow up uols sume.. just be a silent reader.. xpe kan? aku rindu korang sume… T___T
[Reply]