53 Tahun Merdeka, Merdeka kah kita??

Hi entri Patriotik lagi. Mentang-mentang dah nak sambut merdeka. hehehe. Aku bangga jadi Anak Malaysia. Penegasan, MALAYSIA ok. Nak cerita panjang lebar sejarah Malaysia tu, rasa tak perlulah. Semua pandai buka internet, sampai kesini, ertinya pandai membacalah ni, gerenti ada belajar Sejarah kat sekolah tu kan. hehe. Cover line, cover line.

Soalan berat ni, merdeka kah kita? Definisikan merdeka itu. Ya, maksud luasnya bebas. Dari apa? Banyak segi, tengok jugak perspektif camne kan. Mari berkongsi pengalaman. Luaran kita merdeka, dalaman kita jauh masih dijajah, menjajah masih terjajah.

Ini sudut pandang aku. Diskriminasi antara kita masih sangat meluas. Tak caya? G kolej/universiti awam contohnya, tengok ada tak nampak group kumpul kumpul yang sama kaler kulit, hitam hitam, putih putih, coklat coklat. Tak cukup lagi? Hah, try guna deria lain plak. Test sound system korang, ada dengar tak? Bahasa apa ek dorang guna?

Memang.. memang adalah juga yang berbeza warna, berbeza bahasa satu dua group dikalangan group-group yang banyak tu. Tapi jumlahnya sikit kan?? Lagi satu niat, Ngeksss, ada gak la yang mix group sebab assignment, bukan sebab hati memang nak kawan. Aku terasa, aku terasa. Sebab bila tiga budak ni bergabung, asyik ada mata pandang serong.. Kenapakah kami seringkali dipinggirkan, sedangkan kami 1Malaysia?? Sejauh manakah keberkesanan Tagline 1Malaysia tu?

P/s: Aku da badge bendera Malaysia aku kat sini, pic credit to Kempen Andy, korang tengok jer la.. hu hu

Related Posts with Thumbnails

1 comment on this post.
  1. tehr:

    malaysia seluruhnya belum merdeka
    …kalau nengok gaya masyarakat semua lapisan sekarang ni, sampai bila2 pun tak akan merdeka
    tehr gosip gosip..Pantun Berkait Zakat FitrahMy ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a comment





CommentLuv Enabled