Anastasia Ann

I ♥♥ Blogging! This is My Ideal-Plastic World.

Demi cinta, nak dera pun deralah! .. :(

Aku sangat sedar, tapi aku juga sangat sayang..

Credit Google

Bila cinta dijunjung tinggi, manusia ini biar pandai mana sekalipun pun boleh jadi teramatlah bodoh. Mata pun dikaburi, hati pun dibutakan, demi cinta katanya.. korban badan pun sanggup lakukan. Ya benar, yang bodoh itu semestinya aku. Ahh sayang punya pasal, sakit derita aku relakan saja.

Ini kisah benar aku.

Perkenalan yang tidak diaturkan dua bulan lepas, sekembalinya aku dari bercuti panjang, menimbulkan bibit cinta yang tidak dapat ditafsirkan bagiku. Aah kamu yang sangat baik, bertuahnya aku. Gerak geri bersahaja, selamba buat aku tergelak, arhh kamu yang lawak. Peluk malammu yang hangat, rasa disayang yang aku damba, arhh kamu yang manja. Kala sunyi, kala sedih, kamu mampu buat hati tersenyum. Mana mungkin aku tak cinta?

Tapi ntah kenapa, dewasa ini kamu semakin berani, dan perangai jahatmu itu berganda-ganda. Bukan sekali, bukan dua kali. Pasti sekali tidak terkira, lihat saja tubuhku, luka masih berdarah, yang pasti nanti berparut. Kenapa kau begitu tega??? Aku sangat sakit sayang, tapi aku masih tersangat cinta. :(

Muka si pendera, jangan tertipu dengan kecomelannya.

Persoalannya: Penderaan walau sekecil inipun, perlukah kita diamkan?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pandang kiri, pandang kanan, pandang atas, pandang bawah, pandang semua dunia sekeliling. Penderaan berlaku di mana-mana. Yang terlihat, yang tersirat. Sang pendera bertopengkan manusia yang manis muka, lembut kata bicaranya. Kasihan si mangsa, apa sangatlah dosanya sehingga layak diperlakukan begitu? Kanak-kanak khususnya, kenapa terfikir pun nak lahirkan anak malang itu, kalau nanti sepak terajang jadi makanannya??

Di zaman serba canggih ini, masyarakat kota leka kejar harta dunia, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. 10tahun hidup berjiran, nama jiran sebelah pun tak tau siapa.. Mana pergi nilai kemasyarakatan kita?  Bila terlihat kes dera disisi, apa tindakan patut kita lakukan? Adakah~ Eh Biarkan sahajalah itu bukan hal aku? Peduli apa aku itu bukan anak aku? Lantaklah diaorang nak wat apapun wat p la, jangan ganggu aku sudah! ?

Kawan-kawan, mari sama-sama tepuk dada tanya diri, Cukup prihatinkah kita?

Yeah I support!! Stop Child Abuse, AND any kind of abuse Now!!

P/s: Show your support HERE. Together we United.

Note: Will miss my cute abuser soon.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Related Posts with Thumbnails

Post Metadata

Date
October 8th, 2010

Author
~ Ann ~

Category

Tags

16 to “Demi cinta, nak dera pun deralah! .. :(”


  1. CikLilyPutih says:

    will blog about it.. TQ for info

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    welcome. :)

    [Reply]

  2. ecah says:

    hahaha..giler stylo kronologi entry ini..i like..
    ecah gosip gosip..Denda IC Kad Pengenalan Hilang- Renew ICMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    hehe.. tengsssssssssss.

    [Reply]

  3. tehr says:

    ‘Muka si pendera, jangan tertipu dengan kecomelannya.’

    mula2 baca tajuk, terasa sangat kesian
    ni mesti kamu tarik ekor si comel tu, kan ann?
    tehr gosip gosip..Lagu Rasmi Negeri MelakaMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    haipppp mana ada!

    [Reply]

  4. kakakkau says:

    hahah~ xsalah rasanya kalau dia nak ggt kau pulak lepas nie..kate syg! =)
    kakakkau gosip gosip..Am i the sleeping beautyMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    haha.. tak dapat dh gigit :(

    [Reply]

  5. Ayie says:

    hey sayang… umo u dah bper… child lagi pulak… wahahaha
    Ayie gosip gosip..Pasangan kekasih ketagihan seksMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    well i kan baby forever n ever.. kihkihkih

    [Reply]

  6. Johari Hamzah says:

    hahaha.. comel la kucing 2…
    Johari Hamzah gosip gosip..Kemana Arah TujuMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    tgklah tuannya siapa, haha :P

    [Reply]

    Johari Hamzah Reply:

    haha.. tuan dia plak lebeyh2 perasan.. =p
    Johari Hamzah gosip gosip..Kemana Arah TujuMy ComLuv Profile

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    elehh!

    [Reply]

  7. Kie-yu says:

    buat suspen jek
    ingat betul2 kena dera td larlink :D
    cat lovers gak yeee~

    [Reply]

    ~ Ann ~ Reply:

    hehe.. kucing tu jaat, tapi stil cayang cayang cayanggg!

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Bapa mengaku gigit bayi kerana ‘tension’ ? Bangang!!! | Anastasia Ann 14 10 10

Leave a Reply

CommentLuv Enabled




Switch to our mobile site